Monthly Archives: May 2011
Program Ziarah Dakwah Kemboja Melakar Sejarah
HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Mufti Kemboja telah berjaya mengadakan Ziarah Dakwah dan Khidmat Masyarakat Kemboja pada 13 – 17 Mei yang lalu. Seramai 36 orang yang terdiri daripada ahli HALUAN Kelantan dan mahasiswa KTD menyertai rombongan tersebut yang diketuai oleh Hj Mohd Nasir Saat, YDP HALUAN Kelantan. Rombongan ini adalah memenuhi jemputan dari Mufti Kemboja, Dato’ Kamaruddin Yusof yang telah mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan HALUAN Kelantan di Kota Bharu pada bulan Disember 2010 yang lalu.
Rombongan ziarah dakwah ini dimulai dengan sesi sarapan dan taklimat bersama Mufti Kemboja, Dato’ Hj Kamaruddin Yusof pada 14 Mei di pejabat beliau yang serba sederhana. Ruang di pejabat beliau turut dijadikan sebagai sebuah sekolah dan asrama bagi menempatkan seramai 80 pelajar-pelajar terpilih dari pelbagai kampung Islam di Kemboja. Ketika sesi taklimat, Dato’ Mufti berkongsi pengalaman perit getir beliau dan saki baki rakan beliau berjuang untuk meneruskan kehidupan terutama saat kesengsaraan di zaman regim Pol Pot. Beliau juga berusaha sedaya upaya mempertahankan dakwah Islam di Kemboja dengan bantuan beberapa orang temannya dan anak muridnya. Beliau hampir 10 tahun menjadi Mufti Kemboja dan tidak pernah menerima sebarang gaji dari kerajaan Kemboja, namun kerajaan memberi kebebasan kepada umat Islamnya membina institusi pendidikan dan ekonomi sendiri. Sehingga saat ini, Pejabat Mufti mengurus lebih daripada 20 buah sekolah yang dikenali Madrasah Al Ni’mah Al Islamiah. Namun keadaan sekolah serba dhaif dan kekurangan guru. Majoriti guru tidak bergaji. Manakala pelajar sekolah rendah masih belum memiliki kurikulum pendidikan.
Memberilah Selagi Mana Termampu
Pemergian saya ke Mesyuarat Agong Perwakilan Haluan Malaysia di Penang pada 30 hb April 2011 telah membawa kenangan indah.Saya dan dua lagi rakan saya, Akhie Tarmizi dan Dr Ahmad Sabri telah berpeluang menziarahi rumah anak-anak yatim (TERATAK PEYATIM) di Pulau Pinang .Program ini telah disusun oleh Ustaz Khairy Beliau yang berasal dari Rantau Panjang,Kelantan sebenarnya baru saja saya kenali sejak beberapa bulan yang lalu semasa beliau bertugas di SMKA Melor sebagai Guru Pelatih, tempat isteri saya mengajar.Namun demikian perkenalan kami terus berkekalan sehingga kehari ini. Walaupun perwatakan beliau kelihatan pendiam, namun mudah mesra bila berbicara. Saya tidak menyangka yang beliau menalefon saya untuk adakan pertemuan dengan anak-anak yatim disitu. Tanpa keberatan saya menerima jemputan itu. Dimana saja jika ada peluang kita untuk berdakwah, hendaklah kita gunakan sebaik mungkin.
Ustaz Khairy sebagai pengerusi majlis
Dakwah Itu Pengikat Ukhwah
Untuk memenangi SATU hati bukannya mudah. Amat sukar. Dr Yusof Qardhawi mengatakan untuk membengkokkan besi yang keras atau untuk membina bangunan yang tinggi adalah jauh lebih mudah dibandingkan untuk merubah SATU HATI . HATI yang yang memiliki Wa’yun Islami (Kesedaran Islam) yang sebenarnya. Hati yang yang sentiasa teruja dan teransang untuk memperbaiki diri disamping mengajak orang lain menikmati keindahan Iman dan Islam.
Ada rakan mengatakan, tugas seorang doktor cukup mudah untuk memenangi hati pesakit. Memang benar. Pesakit biasanya menerima nasihat kita sebagai doktor. Namun untuk memujuknya duduk bersama , berbincang mengenai Islam bukanlah kerja mudah. Namun demikian, ia bukan merupakan alasan untuk tidak melaksanakan dakwah fardhiyah.
Lebih kurang 3 bulan yang lalu, datang seorang guru , cikgu Hassan (nama samaran) membawa anaknya yang sakit ke klinik saya kerana anaknya sakit.Raut mukanya bersih.Hati saya terlalu ingin untuk menjadikan dia sebagai “target ” dakwah fardhiyah saya.Timbul keazaman untuk mencuba “teori” dakwah fardyiyah yang telah di ikuti melalui pertemuan-pertemuan mingguan. Allah izin anaknya yang berusia 5 tahun mengidap ” Obstructed Inguinal Hernia”. Lalu saya merujuknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.Anaknya menjalani pembedahan. Saya sering menghubungi melalui telefon, bertanya kabar dan mendoakan keselamatan anaknya. Cuma yang terkilan dihati , saya tidak dapat menziarahinya di hospital diatas kesibukan tugas harian.
Pemuda Pembawa Risalah Tauhid
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(QS Al-‘Ashr: 1-3)
Mahaguru Alam
Pada hakikatnya anak-anakku, kalian merupakan mahaguru pada alam yang diciptakan untuk membawa manfaat kepada kehidupan insan. Mengajak dan membimbing orang lain kepada kebenaran dengan memperlihatkan contoh penuh hikmah. Selaku insan unggul, kalian seumpama nukleus yang mempunyai kekuatan untuk menarik elektron di sekelilingnya. Lebih kuat nukleus tersebut maka lebih banyak elektron mengelilingi orbitnya. Di mana keimanan yang mantap bertapak dalam jiwa akan segera merangsang dan mendesak jasad melaksanakan ubudiyah. Dengannya juga mampu mengajak orang lain melaksanakan ketaatan kepada Allah. Bagi memahami hakikat ini, mari kita singkap lembaran silam, ke satu zaman yang telah jauh berlalu tetapi tetap segar pengajarannya.
Kisah ini berlaku pada umat bani Israel ( Ashabul-Ukhdud )
Seorang ahli sihir raja yang telah tua, merasai dia telah hampir kepada ajalnya. Dia memohon raja mencarikannya seorang pemuda yang sesuai untuk diwariskan ilmu sihirnya.
Tarbiyah Qur’aniyah
