RSS

Program Tautan Kaseh / Qiamullail 2011 Remaja HALUAN

10 Mar

Ketereh, 3 March 2011 – buat julung-julung kalinya Kelab Remaja Haluan Kelantan telah mengadakan program Qiamullail 2011. Alhamdulillah pertemuan kali ini telah mengumpulkan seramai 11 orang remaja perempuan dan 6 orang remaja lelaki. Kesemua peserta telah berkumpul di Homestay Ketereh, Kota Bharu sebelum tibanya waktu maghrib.

            Seusai solat Isyak berjemaah, peserta telah disajikan dengan sedikit peringatan ringkas dari Dr Mohd Arif Rasyid sebelum diteruskan dengan penyampaian dari Penasihat Kelab Remaja HALUAN Kelantan, Cikgu Mahmud Bin Jaaffar. Dr Mohd Ariff telah mengingatkan semua peserta bahawa pertemuan dan perpisahan mereka adalah hanya kerana Allah. Beliau turut berpesan agar menjadikan apa-apa profession yang diceburi sebagai wasilah bagi membuktikan pada dunia bahawa Islam itu tinggi.

            Penyampaian En Mahmud berkisar mengenai anjakan paradigma mahasiswa serta visi dan misi mahasiswa. Di awalnya semua peserta diperingatkan mengenai tujuan asal kehidupan mereka iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Dalam sesi anjakan paradigma beliau menekankan kepentingan menjaga hati kerana hati adalah bendera kehidupan. Beliau menyatakan 3 cara menjaga hati iaitu dengan membina iman, merancang kehidupan dengan menentukan matlamat dan akhirnya memulakan perubahan.

            Visi yang dibawa En Mahmud adalah ‘melahirkan mahasiswa akademik dan sahsiah terpuji’ dengan bermisikan ‘ menjadi murabbi dan mahasiswa contoh, mewujudkan suasana yang soleh serta menjadi kepimpinan kampus dan pengurusan.’ Beliau menekankan 10P yang perlu ada dalam diri seorang mahasiswa iaitu:- professional, pemimpin, pengikut, produktif, pekerja, pejuang, pemikir, pendakwah, pengusaha dan pendidik (murabbi). Di akhir penyampaian, beliau kembali menegaskan seorang mahasiswa perlu mempunyai sahsiah terpuji, mahir al-Quran, cemerlang akademik dan berketrampilan serta memiliki sifat kepimpinan. Ini selaras dengan moto yang diwar-warkan oleh Presiden HALUAN Malaysia Dr. Abdullah Sudin.

            Mudah-mudahan Allah menyatukan hati, jiwa dan pemikiran semua yang terlibat bagi sama-sama mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Seterusnya diharapkan pertemuan seperti ini dijalankan lagi pada waktu seterusnya agar dapat mengumpulkan cetusan idea dan pendapat dari pelbagai pihak bagi meneruskan dan mempertingkat usaha-usaha pembangunan ummah, InsyaAllah.

Disediakan oleh

Nurul ‘Atiqah bt Mahmud

 
Leave a comment

Posted by on March 10, 2011 in Aktiviti, Pemuda, Remaja

 

Leave a comment